Bekalan elektrik Kampung Delima hampir ke fasa pelaksanaan
KOTA KINABALU: Penantian penduduk Kampung Delima untuk menikmati bekalan elektrik yang sah kini memasuki fasa penting apabila proses semakan teknikal dan status tanah sedang dimuktamadkan. Jawatankuasa Pengurusan Bekalan Elektrik Kampung Delima memaklumkan, projek berkenaan telah melalui pelbagai proses sejak Februari lalu termasuk sesi penerangan bersama penduduk, pendaftaran pemohon, laporan teknikal, kelulusan izin lalu, pengukuran sempadan…




